Buta
Seorang pengajar apabila mengajar pelajar-pelajarnya, sudah tentu dengan ikhlas akan membimbing mereka sehingga akhir pelajaran, namun apabila difikirkan balik, benarkah pengajar tersebut seikhlas demikian? Apa yang pengajar tersebut bersemangat seakan-akan mengejar sesuatu yang begitu berharga? Gaji.
Tanpa gaji, mungkin pengajar tidak seikhlas itu, tetapi segelintir pengajar mungkin akan seikhlas demikian kerana berdasarkan riwayat silam dan kekuatan mental yang dialami.
Dengarkan ceritanya,
Seorang pengajar muka sensasi bak dendam mendalam setelah sekian lama menahan, dari segi suara, mungkin boleh dipertimbangkan semasa pengajar sedang alami emosi yang tidak berhaluan. Setelah sekian lamanya menjadi seorang pengajar yang memaksanya berubah 180° darjatnya, perubahan itu akan menghantui kewarasan pengajar apabila bertemu dengan pelajar-pelajar baru yang tidak mengetahui asal usul pengajarnya.
Dengan diam seperti angin menghembuskan keheningan, seorang pelajar melakukan kesilapan kecil, maka apakah tindakan pengajar terhadap pelajar tersebut? Marah? Tegas? Nasihat? Sudah tentu, marah kerana pengajar tersebut menanggap kesilapan itu seperti kesilapan-kesilapan terdahulu yang dirasai seorang pengajar. Apa lagi kesilapan besar kan?
Boleh diperkatakan bahawa mantan pelajar-pelajarnya begitu ganas dan agresif sehingga membawa emosinya membuak-buak mendalam, sampai-sampai emosi tersebut dibawa turun-temurun.
Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapanya."
Ulasan
Catat Ulasan