Kawan
Hari, hari yang di mana, ia menunjukkan segalanya, segala sisa-baki mahupun sisa-sisa peninggalan kenangan. Aku sanggup menyesal ke atas paku yang telah ku pacak pada kepala, menyisakan satu lubang titisan darah mengalir ke wajahku yang dibasahi tak kenali perasaan yang dialami. Kenalan, kawan, rakan dan sahabat? Adakah itu satu gelaran yang patut diingini dan dihargai kerana perbuatannya yang selama ini menggunakan seseorang? Lalu meninggalkan segalanya demi mendapat citarasa baharu? Aku masih mengingati rakan-rakan lama, namun mereka tidak mengenali aku. Aku penat mencari kawan baharu kerana kelakuan itu yang telah membuat aku sesal. Jika benar kenyataan itu, ku takkan meringankan beban yang aku dapati, aku lelah menetapkan kenalannya. Aku seperti seorang rakan di sebalik kenalan orang asing.