Catatan

Kawan

     Hari, hari yang di mana, ia menunjukkan segalanya, segala sisa-baki mahupun sisa-sisa peninggalan kenangan.     Aku sanggup menyesal ke atas paku yang telah ku pacak pada kepala, menyisakan satu lubang titisan darah mengalir ke wajahku yang dibasahi tak kenali perasaan yang dialami.     Kenalan, kawan, rakan dan sahabat? Adakah itu satu gelaran yang patut diingini dan dihargai kerana perbuatannya yang selama ini menggunakan seseorang?    Lalu meninggalkan segalanya demi mendapat citarasa baharu?    Aku masih mengingati rakan-rakan lama, namun mereka tidak mengenali aku.    Aku penat mencari kawan baharu kerana kelakuan itu yang telah membuat aku sesal.     Jika benar kenyataan itu, ku takkan meringankan beban yang aku dapati, aku lelah menetapkan kenalannya.     Aku seperti seorang rakan di sebalik kenalan orang asing. 

Buta

     Seorang pengajar apabila mengajar pelajar-pelajarnya, sudah tentu dengan ikhlas akan membimbing mereka sehingga akhir pelajaran, namun apabila difikirkan balik, benarkah pengajar tersebut seikhlas demikian? Apa yang pengajar tersebut bersemangat seakan-akan mengejar sesuatu yang begitu berharga? Gaji.     Tanpa gaji, mungkin pengajar tidak seikhlas itu, tetapi segelintir pengajar mungkin akan seikhlas demikian kerana berdasarkan riwayat silam dan kekuatan mental yang dialami.     Dengarkan ceritanya,                                             Seorang pengajar muka sensasi bak dendam mendalam setelah sekian lama menahan, dari segi suara, mungkin boleh dipertimbangkan semasa pengajar sedang alami emosi yang tidak berhaluan. Setelah sekian lamanya menjadi seorang pengajar yang memaksanya berubah 180° darjatnya, perubahan itu a...

Realiti

   Dalam kalangan sahabat, mesti kenal porno , lalu dia perkenalkan kepada rakan-rakan dan tersebar pula kebatilan pertama.     Dalam kalangan rakan, mesti kenal gorn , lalu dia menyembahkan gambar mengerikan dalam one seen.  Mata-mata pula terbeliak, hati berdebar, naluri terkejut. Satu demi satu pertanyaan bertindih, dan pelakunya mengongsikan laman webnya. Tidak merasak jijik kerana kebiasaan merasuki diri. Itu pula penyebaran kebatilan kedua.     Dalam kalangan kenalan, mesti kenal keangkuhan diri, menyediakan maklumat palsu dan bunyi besi diketuk-ketuk tatkala ingin mengumumkan bahawa dialah pencetus pergaduhan bagi meraut taraf tertinggi. Itulah kebatilan ketiga.     Kebatilan seterusnya, dan seterusnya.

Kenal

   Saya tidak tahu mengapa lakukan semua ini, mungkin kerana hendak mengeras meluahkan perasaan yang begitu dendam dan tenggelam dalam lautan gelap.    Faizuddin Noor atau Faiz sahaja sudah tertarik bagi nama pena, mengapa nama pena? Kenapa tidak nama sebenarnya ja? Mungkin mahu menyembunyi identiti sebenar di sebalik bayang-bayang kebatilan.    Enam bulan mengurung diriku dalam suasana membaca, baca, setiap hari membaca, tiada menulis mahupun menaip, kini aku sedang menaip papan kekunci telefon pintar.    Tidak tahu mengapa, banyak pengalaman telah ku lalui, pahit mahupun manis, namun manis tidak terlalu manis seperti hidangan nenek 'makeup' tebal itu.    Setiap masa, sepasang mata melihat, aku terfikir dan termenung, mengapa? Bagaimana? Dan kalaulah (dalam bentuk negatif mahupun positif)    Senang cerita, setiap kebaikan sebaliknya, setiap keburukan sebaliknya .